Soalan-Soalan Lazim Jobdirumah (FAQ)

Soalan-Soalan Lazim Jobdirumah (FAQ)
Soalan-Soalan Lazim  (FAQ)



Soalan-soalan yang sering diajukan oleh mereka yang berminat dengan jobdirumah. Untuk mengelakkan kekeliruan atau mereka yang mengatakan jobdirumah menipu berikut adalah soalan dan jawapan untuk pertanyaan yang bermain diminda anda.

Berapa pendapatan boleh di perolehi?

Upah adalah berbeza bagi setiap projek, pendapatan anda bergantung kepada nilai tugasan yang di tawarkan. Upah bagi projek mudah dan masa singkat adalah antara $10 – $50, manakala projek yang lebih lama mencapai ribuan dolar.

Saya kena jual produk apa?

Tak perlu jual apa – apa kerana anda bukan berniaga tetapi bekerja untuk menyelesaikan tugasan yang di beri.

Saya tidak mempunyai komputer, boleh saya join?

Ya boleh, anda boleh menyiapkan tugasan yang anda dapat di cybercafe atau di mana sahaja yang membolehkan anda akses kepada komputer & internet. Tapi kami galakan anda guna komputer sendiri jika ada.

Berapa banyak projek boleh saya memohon?

Anda boleh memohon seberapa banyak projek yang anda mahu. Tapi sila pastikan anda boleh selesaikan tugasan yang di beri. Kami sarankan anda mohon tidak lebih dari 10 projek seminggu, bagi memastikan anda dapat selesaikan dengan baik.

Adakah saya perlu mencari orang?

Tidak, Jobdirumah bukan program cari orang. Anda di ajar cara untuk mendapatkan kerja sebenar yang boleh di lakukan di rumah bukan mencari downline untuk mengembangkan rangkaian perniagaan.

Saya langsung tak pandai B.Inggeris, boleh ke join?

Maaf, pengunaan B.Inggeris adalah perlu untuk berkomunikasi dengan majikan & menyelesaikan tugasan. Tidak perlu fasih, tapi perlu sekurang – kurang anda boleh faham arahan yang majikan beri. Guna “Google Translate” untuk rujukan jika ada perkataan yang tidak di fahami.

Saya dari Singapura, boleh join?

Ya boleh. Kami ada ramai pelangan dari Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand, Philippine dan beberapa negara lain.

Boleh saya datang ke pejabat?

Maaf, kami tidak mempunyai pejabat. Kami bukan sahaja menjual panduan bekerja di rumah, malah kami juga 100% bekerja dan beroperasi dari rumah. Laman web ini kedai kami dan ruang siber pejabat kami.

Kami harap jawapan-jawapan tersebut dapat memberikan pencerahan terhadap soalan-soalan lazim jobdirumah.

Testimoni Jobdirumah

Testimoni Jobdirumah
Testimoni Ahli Jobdirumah

Ini adalah beberapa testimoni jobdirumah daripada ahli - ahli jobdirumah. Ia di hantar sendiri oleh pelangan yang sudah menjadi ahli dan berpuas hati dengan produk dan bimbingan kami. Ada ramai ahli yang berpuas hati dan mereka suka rela mengirimkan testimoni jobdirumah untuk di kongsikan dengan anda.




Apa Itu Jobdirumah?

Apa Itu Jobdirumah?
Apa Itu Jobdirumah?


Jobdirumah merupakan program membantu mereka yang mencari kerja-kerja yang boleh dilakukan dari rumah sama ada secara separuh masa ataupun sepenuh masa. Kerja-kerja tersebut dibekalkan oleh syarikat-syarikat dari seluruh pelusuk dunia yang memerlukan khidmat tersebut. Yang bestnya anda boleh melakukannya mengikut masa anda sendiri.


Bidang Pekerjaan Dan Kemahiran

Kebanyakan kerja-kerja jobdirumah banyak menggunakan komputer untuk melakukannya, dimana kerja-kerja tsersebut dihantar melalui talian internet.

Antara kerja-kerja jondirumah adalah seperti memasukkan maklumat/ data entry, mengumpul dan menyusun maklumat, melakukan kajian maklumat dan juga menyediakan laporan untuk kerja-kerja jobdirumah yang terlibat.


Apa Syarat-Syaratnya?


  • Mesilah boleh menulis, membaca dan faham Bahasa Inggeris
  • Boleh menggunakan komputer dan internet dengan baik
  • Mempunyai akses kepda talian internet dirumah
  • Mempunyai komputer atau laptop sendiri



Syarat-Syarat Lain


  1. Berupaya memahami dan mengikuti arahan yang di beri.
  2. Mampu bekerja sendiri tanpa sebarang pengawasan.
  3. Bersedia untuk bekerja keras.
  4. Bermotivasi dan mahu belajar perkara baru.
  5. Mempunyai disiplin diri yang tinggi.


Kerja ini adalah jenis pekerjaan bebas dan memerlukan orang yang serius mahu bekerja, bermotivasi tinggi & sanggup bekerja keras. Kerja tidak terikat dengan sebarang kontrak dan waktu bekerja adalah fleksibel mengikut tugasan kerja yang di pohon.

Kerja ini terbuka kepada semua yang memenuhi syarat yang di nyatakan di atas dan juga kepada sesiapa sahaja yang mahukan kebebasan. Ia peluang yang baik untuk suri rumah, pesara, pelajar dan sesiapa sahaja yang ingin bekerja dengan keselesaan di rumah sendiri.


Tempat Dan Waktu Kerja

Anda boleh bekerja dimana-mana sahaja ada talian internet walaupun namanya jobdirumah, anda boleh bekerja dicybercafe, starbucks juga di Mc Donalds atau kedai mamak 24 jam.
Paling best tawaran kerja adalah dari seluruh dunia dan bila-bila masa sahaja. Yang penting bila anda terima job tersebut pastikan anda laksanakannya.


Contoh Tugasan Jobdirumah

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, semakin banyak syarikat baru dan individu perseorangan menjalankan perniagaan atas talian. Permintaan terhadap pekerja jarak jauh (remote workers) meningkat dengan begitu mendadak dalam pelbagai bidang.

Di bawah ini adalah antara tugasan yang memerlukan banyak pekerja di rumah.


  • Data Entry
  • Words Typing
  • Translator
  • Proof Reading
  • Web Research
  • Virtual Assistant
  • Market Survey
  • Copywriter
  • Copy Typing
  • Transcription
  • Content Writer
  • Banyak lagi...


Contoh kekosongan Jawatan

Di bawah adalah contoh senarai kekosongan jawatan yang memerlukan pekerja di rumah. Senarai jawatan di paparkan bersama tajuk jawatan, keterangan jawatan, bajet gaji bagi kerja tersebut.



Buat Duit Jobdirumah Dengan USD

Upah bagi setiap kerja tak sama, ada yang murah dan ada yang mahal. Ia bergantung pada bajet majikan itu sendiri dan jenis kerja yang di tawarkan. Nilai upah yang biasa di tawarkan adalah antara beberapa puluh ke beberapa ratus bagi setiap projek. Bagi projek yang lebih sukar atau memerlukan masa lebih panjang untuk di siapkan, ada yang mencecah ribuan dolar untuk satu – satu projek.

Oleh sebab majikan dari seluruh dunia, upah di bayar dalam nilai US Dolar. Ia bagus kerana dengan kadar tukaran matawang sekarang, pekerja dari negara seperti Malaysia dapat menjana pendapatan berlipat kali ganda walaupun jumlah upah dan projek yang di laksanakan sebulan tidak banyak.


Jaminan JDR

Kami memberi jaminan yang anda tidak akan terlibat dalam sebarang urusan yang salah di sisi undang – undang Malaysia & Antarabangsa. Semua kerja yang di cadangkan dalam panduan adalah melalui sumber yang sah.

Jadi anda tidak perlu risau tentang kesahihan kerja yang di tawarkan kepada anda nanti.

  • Tidak akan terlibat dengan sebarang Skim Cepat Kaya
  • Tidak akan terlibat dengan jual beli matawang (forex)
  • Tidak akan terlibat dengan perniagaan MLM atau piramid
  • Tidak akan terlibat dengan sebarang perniagaan online/offline


Dibayar Untuk Bekerja

100% kerja di rumah yang tulin dan asli serta di bayar untuk setiap kerja yang di selesaikan.

Anda di bayar untuk menyelesaikan kerja yang di beri. Bukan untuk menyertai sebarang program buat duit, reseller, affiliate, MLM dan pendek kata anda tak perlu menjual apa jenis produk sekali pun.

Anda tidak sama sekali akan terlibat dengan sebarang transaksi jual beli atau sebarang perniagaan antara syarikat dengan pelangan. Sebaliknya anda di bayar untuk bekerja dan menyelesaikan tugasan yang di beri bagi pihak syarikat.


Jobdirumah Sebagai Alternatif Kerjaya

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, berjuta – juta orang telah hilang pekerjaan di seluruh dunia akibat kemelesetan ekonomi global! Dengan adanya internet sebagai kemudahan operasi yang murah & pantas, banyak syarikat beralih daripada mengaji pekerja tetap kepada pekerja di rumah.

Terdapat lebih 100,000 peluang pekerjaan baru di rumah telah di wujudkan bagi mengatasi masalah kekurangan pekerjaan setiap tahun. Ini bukan sahaja memberi peluang pekerjaan kepada orang ramai, syarikat juga dapat mengaji pekerja yang berkualiti tanpa had sempadan.

Ia adalah peluang baik untuk anda jika bercadang mencari pekerjaan alternatif atau sumber pendapatan kedua di samping pekerjaan sedia ada sekarang. Malah, ramai yang menjadikan ia sebagai sumber pendapatan utama kerana ia jauh lebih lumayan berbanding kerja biasa.


Permohonan Kerja

Untuk memohon kerja ini adalah percuma. Anda tidak perlu membayar bagi mendapatkan jawatan yang di tawarkan. Semua jawatan ini berkonsepkan pelantikan sementara dan tidak terikat dengan sebarang kontrak.

Boleh memohon berapa banyak tugasan pada satu – satu masa. Lebih banyak tugasan yang di ambil, lebih banyak bayaran upah yang akan di terima.


Tawaran Kerja Harian

Tawaran kerja datang dari seluruh dunia & mengunakan B.Inggeris. Anda tidak bekerja dengan kami, tetapi dengan syarikat – syarikat dan individu dari serata dunia yang memerlukan pekerja dari rumah seperti anda.

Kami hanya menyediakan panduan asas & kemas kini senarai tawaran kerja daripada pelbagai platform setiap hari untuk anda. Kami akan berikan panduan yang kami sediakan untuk persiapan diri anda untuk berhubung dengan majikan – majikan tersebut.

Tanggungjawab kami untuk memastikan anda telah bersedia untuk di perkenalkan kepada majikan – majikan yang perlukan pekerja di rumah.


Sumber Tawaran Kerja

Sila ambil perhatian, anda tidak bekerja dengan kami tetapi dengan majikan yang mengirimkan tawaran kerja di platform – platform yang kami cadangkan dalam panduan. Kesemua platform yang di cadangkan sudah di kenal pasti mempunyai rekod yang baik, boleh di percayai dan dapat menyediakan jumlah tawaran kerja yang cukup untuk anda mula bekerja di rumah.

Untuk memudahkan ahli, kami akan senaraikan lebih 25,000 tawaran kerja terkini setiap bulan daripada platform terpilih ke laman ahli. Anda cuma perlu login ke laman ahli dengan kerap dan pilih tawaran kerja yang bersesuaian untuk memohon terus kepada majikan.


Proses Pembayaran Upah

Bayaran upah di bayar setelah kerja di selesai, kebiasaan dalam tempoh beberapa hari selepas tugasan di sahkan dan luluskan oleh majikan. Anda boleh juga memohon untuk mendapatkan bayaran pendahuluan daripada syarikat sebelum memulakan kerja.

Ada juga syarikat yang membayar mengikut jumlah jam bekerja. Tugasan dan projek jenis ini, memerlukan anda bekerja dalam talian melalui sistem yang di sediakan bagi merekod masa bekerja dan juga perkembangan projek yang di beri.

Bayaran upah di bayar melalui Paypal. Pendaftaran untuk membuka akaun PayPal adalah percuma. Panduan Jobdirumah ada di sediakan dalam laman ahli untuk membantu anda. Pembayaran di buat kepada anda serta merta setelah tugasan di selesaikan dan di sahkan oleh majikan, tak perlu tunggu hujung bulan untuk terima bayaran upah.

Gaji anda di bayar terus oleh majikan atau platform yang menyediakan kerja tanpa melalui kami.

Jadi sekarang terjawablah segala pertanyaan anda apa itu jobdirumah.


Kenapa Kena Dapatkan Panduan Jobdirumah?


http://goo.gl/igmnqz

Panduan Jobdirumah disediakan kepada yang berminat untuk mencari pekerjaan di rumah daripada sumber – sumber yang di sahkan tulin dan betul.

Panduan ini akan mengajar anda langkah demi langkah bagaimana untuk mula bekerja di rumah tanpa menjual produk atau menyertai sebarang program buat duit.

Panduan ini adalah dalam bentuk DIGITAL, anda akan dapat mengakses panduan ini di laman web ahli selepas kami aktifkan keahlian anda nanti.

Username dan Password akan di emel dan anda boleh ikuti Panduan JDR serta – merta.

Anda Akan Dapat:


  1. Panduan bertulis tentang di mana, cara apa dan bagaimana mendapatkan kerja di rumah.
  2. Maklumat asas perkara yang perlu di sediakan sebelum membuat permohonan kerja.
  3. Video tutorial cara buat permohonan kerja yang ahli fikir sesuai dengan kelayakan.
  4. Tip cara mencari kerja di rumah yang tidak bersangkut paut dengan perniagaan online.
  5. 25,000 senarai kekosongan kerja setiap bulan dari majikan di seluruh dunia dengan percuma.
  6. Kemas kini senarai tawaran kekosongan terkini dari majikan secara percuma setiap hari.



Panduan Jobdirumah di jual pada harga hanya RM50.00 sahaja (bayaran tidak dikembalikan). Anda akan mempunyai akses penuh ke laman ahli untuk mengikuti keseluruhan Panduan Jobdirumah bagi membantu anda untuk mula bekerja di rumah.

Anda boleh mula hari ini juga sebaik sahaja menerima pengesahan daripada kami. Bayaran yang di kenakan ini adalah untuk pembelian panduan asas dan video tutorial.

Perhatian, harga ini mungkin akan di naikan tidak lama lagi!


Kenapa Kena Bayar?

Supaya anda tidak salah faham, kami ingin nyatakan sekali lagi bahawa kami tidak menawarkan atau menjanjikan sebarang pekerjaan dan kami juga bukan agensi pekerjaan. Bisnes kami adalah menjual maklumat dalam bentuk panduan bertulis dan video tutorial cara mendapatkan kerja di rumah dari sumber – sumber yang di sahkan betul.

Untuk mudahkan pelangan dan ahli, kami akan tolong senaraikan tawaran kerja baru yang telah di kumpul ke laman ahli setiap hari. Sistem kami secara automatik akan mengemas kini tawaran kerja terbaru setiap minit. Jika ada kerja yang sesuai ahli boleh buat permohonan pada majikan.

Ia bertujuan supaya ahli kami dapat memilih kerja di rumah yang disahkan betul dan lebih mudah buat pilihan. Proses ini sama macam cari kerja biasa, majikan akan lihat permohonan dan kalau layak mereka akan beri kerja. Bezanya semua kerja ni boleh di buat di rumah.

Pembayaran yang anda lakukan untuk membeli Panduan Jobdirumah itulah kami gunakan untuk menampung semua kos operasi dan menyediakan perkhidmatan ini. Jika anda bandingkan kami dengan syarikat lain, harga kami adalah jauh lebih rendah dan hanya sekali sahaja.

Baca Juga : Testimoni Jobdirumah

Copyright © Jobdirumah. All rights reserved. Template by CB